Rabu, 11 November 2015


Juara Imam Muda musim pertama 2010, Asyraf Mohd Ridzuan telah mendedahkan kepada umum bahawa beliau telah menimang seorang cahaya mata lelaki kedua pada 6 November lalu.

Beliau melahirkan rasa gembira berkenaan di laman Facebooknya dengan meminta supaya peminat mendoakan mereka sekeluarga.

Isterinya Nor Husna Yusof melahirkan anak kedua mereka seberat 2.65 kiligram itu secara normal di sebuah Hospital A Nur Bangi tepat jam 3.04 petang.

Anak kedua mereka ini atau adik kepada Aisy Asyraf dinamakan Aisy Abdurrahman.

"Semoga amanah Allah ini dapat saya dan isteri memikulnya dengan baik. Doakan anak yang baru lahir ini menjadi anak yang soleh dan penyejuk mata umat serta bakal penyambung kerja Nabi SAW. Amin ya rabbal alamin," kata Asyraf. Asyraf kini turut berniaga jubah dan kurta khusus untuk golongan lelaki di Bandar Baru Bangi. Butik itu diberi nama Aisy Asyraf, iaitu sempena nama anak sulungnya. 

0 ulasan:

Catat Ulasan