Notis itu dikeluarkan oleh MBJB menerusi portal rasminya mbjb.gov.my dan juga secara bercetak.
Notis tersebut meminta penduduk yang berada dalam kawasan yang terlibat supaya bersedia dan berwaspada dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
"Adalah dimaklumkan fenomena air pasang besar akan berlaku di Selat Tebrau pada tarikh-tarikh seperti di bawah. Sekiranya berlaku hujan lebat berterusan semasa air pasang besar ini boleh menyebabkan berlaku banjir, terutama di kawasan pusat bandar dan kawasan rendah berhampiran tepi pantai atau sungai.
"Majlis Bandaraya Johor Bahru memohon kerjasama orang ramai serta penduduk yang berada di kawsan yang terlibat agar lebih bersedia dan berwaspada sepanjang tempoh fenomena air pasang besar ini.", tulis notis tersebut.
Berikut adalah jadual ketinggian air yang dilampirkan bersama dengan notis terbabit.

0 ulasan:
Catat Ulasan