Isnin, 9 November 2015


KUALA LUMPUR: Selepas didapati menyebarkan satu artikel berunsur fitnah berhubung pertukaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), portal Malaysiakini dan The Star Online diserbu pasukan polis dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Siasatan dilakukan pada petang semalam pada jam 6 di kedua-dua pejabat portal berkenaan di Petaling Jaya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, siasatan dilakukan rentetan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Peguam Negara Selasa lalu.

“Pegawai itu mendakwa laporan berita berkenaan telah menjejaskan nama baik agensi terbabit (Jabatan Peguam Negara).

“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah berhubung artikel dikeluarkan mereka yang digunakan, seterusnya mengenal pasti pengarang terbabit untuk diambil keterangan,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan