Isnin, 9 November 2015


Menurut beliau lagi, jika dilihat sambutan hangat terhadap vape ini, ia bersetuju vape adalah alternatif kepada perokok dan kita seharusnya mengiktiraf inovasi dan kreativiti yang telah timbul dari industri ini.

"Yang hebatnya, kebanyakan produk terbaik seperti perisa jus vape datang dari usahawan muda tempatan."

"Tidak dapat dinafikan bahawa ketagihan vape adalah sesuatu yang tidak baik. Tambahan pula dengan masyarakat kita yang lebih cenderung untuk mengecam semua yang terlibat dalam industri ini (terutamanya para belia) hanya kerana satu kes yang unik dan ekstrem."

"Saya sokong vaping jika ia dilakukan dengan adab dan tatacara yang betul. Ramai juga kenalan saya yang vape, malah ada yang telah berhenti merokok."

"Saya berharap agar industri ini terus berkembang di Malaysia. Saya tidak setuju dengan pengharaman vaping. Kita hanya perlu vape dengan bertanggungjawab dan beretika,"katanya lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan